Kami memulakan tahun ini dengan penuh semangat di acara Headstart Great Eastern Takaful Berhad (GETB) 2025 yang bertemakan “Warrior” atau “Pahlawan”.
Acara kali ini istimewa apabila pihak syarikat menjemput seorang sharing speaker yang luar biasa – Bekas Atlet Kebangsaan dan Juara Dunia Sukan Silat sebanyak 4 kali, Jufferi Jamari! Untuk merasai aura fighter dan semangat seorang atlet, saya dan bisnes partner mengambil keputusan untuk memakai baju Taekwondo.
Yang lebih istimewa, uniform Taekwondo yang saya pakai ini adalah yang sama ketika saya mewakili Malaysia di Sukan Asia Guangzhou, China 14 tahun lalu. Alhamdulillah, masih muat! Terima kasih kepada bisnes partner yang begitu sporting dan bersemangat turut sama mengenakan pakaian Taekwondo bersama-sama.
Perkongsian dari Tuan Jufferi Jamari benar-benar memberi impak besar kepada kami semua. Semangatnya, disiplinnya, dan dedikasinya untuk mencapai kejayaan bertaraf dunia sangat menginspirasikan. Tidak hairanlah beliau mampu mengekalkan gelaran Juara Dunia sebanyak 4 kali. Sikapnya yang tenang, firm, dan spiritual tinggi adalah sesuatu yang kami kagumi dan jadikan teladan.
Untuk menambah keterujaan, GETB juga memperkenalkan Trip PERCUMA ke Italy dan Switzerland bagi mereka yang perform tahun ini! Ini adalah kali pertama dalam sejarah GETB menawarkan destinasi Eropah – MasyaAllah, semua orang sangat teruja dan termotivasi.
Saya bersama 57 qualifier dari N Group dan SEG yang hadir di MAEPS terasa semangat luar biasa untuk memulakan tahun 2025 dengan penuh momentum dan fokus. Kami sedia mencipta lebih banyak kejayaan, insyaAllah!
Tahun ini adalah tahun juara. Ayuh kita bertindak seperti pahlawan, demi masa depan yang lebih cemerlang!
#NadiaMahamat #Ngroup #SEG
