Rezeki bukan sekadar pada angka dalam akaun, tapi bila Allah izinkan kita ada masa menjaga orang tua. Itulah nikmat paling besar yang saya dapat dalam kerjaya ni.

Ramai orang impikan “time freedom” kebebasan untuk urus masa ikut cara sendiri. Kedengaran mudah, tapi tak semua orang berpeluang untuk capai benda ini di usia muda.

10 tahun lalu, selepas bersara dari karier sebagai atlet kebangsaan, saya sudah tanam mindset dalam diri:

“Aku nak ada bisnes. Aku nak kerja yang beri fleksibiliti. Aku tak mahu terikat dengan masa orang lain.”

…..dan Alhamdulillah Allah lorongkan saya dalam kerjaya yang saya boleh uruskan masa saya sendiri.

Dunia dah tak macam dulu, kalau dulu mungkin nak cari sumber pendapatan hanya limited berkerja dengan orang sahaja dan peluang untuk bina perniagaan bukan jadi kebiasaan.

Tapi kini, dengan dunia teknologi tanpa sempadan dan peluang yang luas, kita semua boleh buat pilihan sendiri untuk cipta pendapatan yang flexible dari mana sahaja.

Bukan Cita-Cita Nak Jadi Ejen Takaful Pun

Pada 2015, saya buat keputusan untuk ceburkan diri dalam industri kewangan dan takaful sebagai perunding Great Eastern Takaful.

Tak pernah terlintas langsung cita-cita nak jadi ejen takaful, tapi takdiri Allah, siapa sangka, kerjaya ini lah yang banyak mengubah siapa diri saya sekarang termasuk pendapatan dan kewangan, ilmu, personaliti diri dan paling bermakna pada saya ialah kebebasan menguruskan masa.

Saya sangat bersyukur, anytime saya nak pergi bercuti, atau ada urgent matter yang saya kene uruskan, saya tak perlu minta permission majikan, sebab saya lah bos pada bisnes saya sendiri.

Sepanjang perjuangan saya dalam karier ni, mak dan abah adalah “big why” saya. Ingat lagi pada tahun 2018, akhir tahun di mana mak jatuh sakit, saya tanpa fikir panjang tinggalkan semua untuk jaga mak di hospital dan benda tu adalah “priceless moment” untuk saya.

Lepas Mak meninggal pada tahun 2021, saya hanya ada abah sebagai sumber inspirasi saya, dan tahun 2023, abah diuji masalah kesihatan, dan beberapa kali masuk hospital.

Alhamdulillah peluang Allah beri untuk jaga abah di hospital dan ia sangat saya hargai dan pengalaman itu sangat memberi kesan mendalam pada diri bila saya throwback balik moment jaga mak dan abah. Sekarang mereka dah tiada dan hanya kiriman doa sahaja yang saya mampu buat.

Nikmat Urus Masa Sendiri dan Pendapatan Tanpa Gagal

Nak cakap kat sini, kalau saya terikat berkerja dengan orang, tak mungkin saya boleh spend masa yang lama untuk jaga orang tua di hospital sesuka hati. Dan paling saya bersyukur, bila saya tak berkerja berminggu dan berbulan, alhamdulillah, pendapatan di takaful masih masuk seperti biasa tanpa gagal.

Syukur Dengan Takdir Allah

Syukur sangat dengan nikmat yang Allah beri dalam karier ni dan tak semua orang dapat yang sama, sebab rezeki setiap insan berbeza-beza.

Ada orang mungkin ada keupayaan kewangan tapi tiada masa, ada orang ada kelebihan masa, tapi ada limitation pula dari segi kewangan.

Saya tak kata kerjaya saya adalah yang terbaik, setiap orang menambah nilai dengan kerjaya masing-masing dalam ekosistem di muka bumi ini.

Tapi melalui platform ni saya dapat kecapi kelebihan “time freedom” yang saya cita-citakan sebelum ni.

Apa-apa pun yang kita ada hari ni, syukuri dan jika rasa nak perbaiki kehidupan yang lebih baik, kita sentiasa ada peluang dengan mencari solusi.

Kita Sentiasa Ada Pilihan

Jika life kita sekarang stuck dan terikat, kita sentiasa ada option lain untuk kita pilih bagi mencapai apa yang kita nak.

Kita sentiasa ada pilihan! The choice is yours”