“Puan… polisi husband saya masih aktif lagi ke?” _Panggilan yang saya tak akan lupa

“Puan… polisi husband saya masih aktif lagi ke?” _Panggilan yang saya tak akan lupa

Suatu pagi, saya sedang minum kopi, baru nak buka laptop,

Saya menerima satu panggilan yang sampai hari ini masih saya ingat.

Di hujung talian seorang isteri yang baru kehilangan suami.

Dengan suara yang perlahan, beliau bertanya:

“Puan… polisi husband saya masih aktif lagi ke?”

Waktu itu saya tahu sebenarnya soalan itu bukan sekadar tentang polisi.

Di sebalik soalan itu, mungkin ada banyak perkara yang bermain dalam fikirannya:

“Macam mana saya nak teruskan hidup?”
“Macam mana dengan anak-anak?”
“Macam mana dengan komitmen yang masih berjalan?”

Saya terus semak.

Dan Alhamdulillah…Polisi arwah masih aktif.

Walaupun kali terakhir contribution dibayar sekitar Julai 2023,

perlindungan tersebut masih mempunyai nilai yang membantu mengekalkan sijil dalam keadaan aktif.

Waktu itu saya sendiri rasa sangat bersyukur.

Kerana dalam keadaan seperti ini, perkara terakhir yang kita tidak mahu dengar ialah:

“Maaf puan… sijil dah tak aktif.”


Arwah pergi pada usia 40 tahun.

Usia yang ramai orang rasa masih muda.

Masih kuat bekerja.

Masih sibuk membina kehidupan.

Masih sibuk fikir tentang masa depan keluarga.

Dan mungkin juga masih rasa:

“Saya masih ada banyak masa lagi.”

Tetapi kadang-kadang kehidupan datang tanpa kita bersedia.

Kita merancang untuk esok.

Tetapi kita tidak pernah tahu apa yang Allah sudah tetapkan.


Selepas itu proses claim bermula.

Ada dokumen yang perlu disediakan.

Ada semakan.

Ada query.

Ada follow up.

Ada panggilan.

Sepanjang proses itu saya dan staff bantu dan uruskan apa yang termampu supaya keluarga tidak perlu melalui semuanya seorang diri.

Kerana bagi saya, tugas saya bukan sekadar membantu ketika seseorang sign up.

Tetapi tugas sebenar ialah apabila keluarga memerlukan bantuan pada waktu yang paling sukar.


Dan pada awal Mei 2026…

Saya menerima berita yang sangat melegakan.

Claim telah diluluskan.

Jumlah pampasan: RM215,000

Waktu itu saya rasa sangat bersyukur.

Bukan kerana jumlah pampasan itu.

Tetapi kerana saya tahu, di saat keluarga sedang melalui kehilangan yang besar, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.


RM215,000 tidak akan menggantikan seorang suami.

Tidak akan menghilangkan rasa rindu.

Tidak akan menghapuskan kesedihan.

Tetapi sekurang-kurangnya pampasan itu dapat membantu:

✔️ meneruskan kehidupan keluarga
✔️ membantu balu dan anak-anak
✔️ mengurus komitmen yang masih berjalan
✔️ memberi sedikit ruang untuk bernafas


Mungkin waktu arwah menandatangani borang pada tahun 2018, beliau sendiri tidak pernah menyangka bahawa satu keputusan itu akhirnya menjadi sesuatu yang sangat besar untuk keluarganya.

Contribution sekitar RM110 sebulan mungkin nampak kecil.

Tetapi pada hari yang paling diperlukan…

keputusan kecil itu akhirnya meninggalkan RM215,000 untuk keluarga yang disayangi.


Ramai orang selalu fikir:

“Saya masih muda lagi.”
“Nanti dulu.”
“Tunggu kewangan lebih stabil.”

Tetapi perkara yang kita tidak boleh pilih ialah masa.

Kita tak boleh pilih bila kita pergi.

Tetapi kita masih ada pilihan tentang apa yang kita tinggalkan.

Bukan semua orang tinggalkan rumah besar.

Bukan semua orang tinggalkan harta berjuta.

Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tinggalkan sesuatu yang membantu keluarga meneruskan kehidupan apabila kita sudah tiada.

Jika anda sudah mempunyai perlindungan, mungkin ini masa yang sesuai untuk semak semula sama ada ia masih mencukupi untuk keluarga yang kita sayang.

Atau jika anda belum pernah merancang, saya sedia berkongsi dan membantu anda memahami pilihan yang ada.

📩 Hubungi saya untuk Semak Perlindungan Keluarga Anda https://hi.wasap.my/nadia-mahamat/hibah-keluarga

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *