Semakan duit tak dituntut eGUMIS Malaysia -jumpa RM83
Hasil semakan eGUMIS - memang ada duit yang tak dituntut

“Cara Semak Duit Tak Dituntut (eGUMIS Malaysia) – Saya Jumpa RM83”

Hari ni saya baru tahu tentang duit tak dituntut di Malaysia melalui eGUMIS…

Pagi tadi saya ada appointment dengan seorang kenalan untuk berkongsi tentang pelan medical card.

Seperti biasa, bila berbual tentang kewangan, perbincangan akan jadi lebih panjang dan mendalam.

Kami turut menyentuh tentang pengurusan harta, khususnya pengalaman beliau menguruskan harta pusaka ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Banyak perkara baru yang saya pelajari daripada perbualan tersebut.

Dalam perbualan itu, beliau ada bertanya kepada saya:

“Pernah check eGUMIS tak?”

Saya akui, itu kali pertama saya mendengar tentang eGUMIS.

Selepas beliau explain, barulah saya tahu pasal eGUMIS ni adalah satu sistem untuk semak wang tidak dituntut (unclaimed money) yang mungkin wujud atas nama kita tanpa kita sedar.

Beliau suggest kat saya untuk buat semakan.

Sampai jer kat rumah, saya terus search website tersebut dan membuat semakan.

Terkejut jugalah saya bila tengok ada sejumlah wang sebanyak RM83.42 atas nama saya.

Walaupun jumlahnya tak besar, ia tetap satu kejutan sebab saya sendiri tak pernah tahu kewujudan wang tersebut sebelum ini.

Maklumat dalam sistem siap stated dari mana sumber duit tersebut datang.

Saya terus submit permohonan tuntutan dengan update maklumat bank, upload salinan kad pengenalan dan penyata bank.

Prosesnya mudah Giler dan tak amik masa yang lama.

Apa yang lebih mengejutkan adalah…

Setakat tahun 2026, jumlah duit yang tak dituntut di Malaysia telah melebihi RM13 bilion.

Jumlah ini dijangka akan terus meningkat sebab masih ramai yang tak buat tuntutan, termasuk kes di mana pemilik wang telah meninggal dunia tanpa sempat menuntutnya.

Jika anda belum pernah membuat semakan, anda boleh melakukannya di sini:

👉 Semak duit tak dituntut di sini https://egumis.anm.gov.my

Perkara kewangan ini sebenarnya takkan pernah habis selagi kita hidup.

Bukan hanya tentang mencari dan mengumpul harta, tetapi juga tentang bagaimana kita mengurusnya dengan baik.

Apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada orang yang kita tinggalkan nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *