Healing Journey: Khatam Quran Pada Usia 37 Tahun

14 Mac 2024, hari yang saya tak akan lupa seumur hidup. Hari itu Allah izinkan saya khatam Quran. Air mata mengalir deras… bukan sebab saya hebat, tapi sebab perjalanan ini penuh luka, penuh struggle, dan penuh penyesalan yang akhirnya Allah ubah jadi rahmat.

πŸ“– Perjalanan Bermula

Hampir 4 tahun saya mengaji dengan ustaz setiap minggu. Dari merangkak baca, lidah keras, sampai tak kenal huruf Allah. Saya bukan lahir dalam keluarga yang fasih baca Quran. Tapi jauh di hati, saya tahu, saya tak boleh terus biarkan diri saya jahil.

Awalnya memang payah. Setiap kali kelas, saya rasa rendah diri. Kadang-kadang bila tersangkut baca, hati menangis. Tapi saya belajar untuk sabar. Satu huruf demi satu huruf. Satu ayat demi satu ayat.

Disebabkan rasa malu dengan bacaan yang merangkak, saya ambil kelas secara personal dengan ustaz belajar secara face to face, waktu tu saya ingat lagi tahun 2019. Setiap Rabu pagi saya terpacak kat pusat mengaji di Puchong untuk belajar, dan bila masuk tahun 2020, dunia dilanda covid, bermula episod transition belajar secara online.

🌱 Turning Point

Saya masih ingat jelas turning point saya. Ketika itu, ada sesi mengaji bersama agensi. Masa giliran saya baca, saya tak boleh baca. Terasa malu sangat dengan diri sendiri. Dah besar panjang, tapi huruf Allah pun tak kenal.

Balik dari sesi itu, saya berjanji pada diri sendiri, saya kena belajar sungguh-sungguh. Saya tak nak lagi sembunyi di sebalik alasan. Dari situ, saya nekad berguru setiap minggu. Sedikit demi sedikit, Allah buka jalan.

✨ Nikmat Belajar Quran

Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun, akhirnya Allah izinkan saya khatam pada usia 37 tahun. Saat saya menutup mushaf hari itu, air mata jatuh tanpa henti. Terasa segala penat lelah, rasa malu, dan rasa rendah diri dulu terbayar.

Makin lama saya belajar, makin kuat rasa ingin tahu apa yang Allah nak sampaikan. Quran bukan sekadar bacaan. Ia jadi penawar hati. Ia jadi teman setia. Dan sekarang, Allah bagi rasa untuk mula tadabbur Quran, ayat demi ayat

πŸ“– Sekarang ini saya konsisten setiap minggu belajar mengaji Mastery Quran secara face-to-face dengan Azdan Quranic Centre di Shah Alam. Doakan saya terus istiqamah.

πŸ‘‰ Mana-mana yang nak belajar, saya sangat cadangkan untuk belajar secara fizikal. Percayalah, ia lebih berkesan dan mendalam cara pembelajarannya.

πŸ’‘ Refleksi & Pesanan

Perjalanan ini ajar saya bahawa tidak pernah terlambat untuk kembali pada Allah. Walaupun usia sudah meningkat, walaupun lidah terasa keras, kalau kita betul-betul mahu, Allah akan izinkan.

Kalau anda yang sedang membaca ini rasa jauh dari Quran, percayalah, satu langkah kecil boleh jadi turning point besar dalam hidup anda. Jangan malu dengan kelemahan. Malulah kalau kita terus memilih untuk tidak mula.

🌸 Penutup

Khatam Quran di usia 37 tahun bukan penamat, tapi permulaan. Permulaan untuk saya terus belajar, faham, dan hayati apa yang Allah turunkan. Semoga Allah tetapkan hati saya dan hati kita semua untuk istiqamah bersama Quran, sampai ke akhir hayat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *