โSetiap kali melihat ambulan, hati saya masih luluh. Inilah kisah rindu seorang anak kepada ibu yang telah pergi, namun kasihnya kekal selamanya.โ
Semalam saya melawat Mama Usna di hospital. Mama ini ibarat macam mak angkat saya. Mama jatuh, lututnya dislocate dan tulangnya patah. Keadaannya terpaksa dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan lanjut.

Saat tengok Mama terbaring di katil kecemasan, hati saya terus bergetar. Tiba-tiba semua kenangan lama tentang arwah mak datang menerpa. Dan bila nampak ambulan datang mengambil Mama, air mata saya tak tertahan. Sebab moment terakhir saya bersama makโฆ juga di dalam ambulan.
Kenangan yang Menyucuk Hati
Mak dijemput Illahi ketika COVID tahun 2021. Saat paling saya takut dalam hidup ini ialah kehilangan mak. Walaupun sudah 4 tahun berlalu, rasa itu masih mencucuk setiap kali teringat. Ni gambar ambulan yang datang ambil mak.

Sambil saya tulis ni pun, air mata saya jatuh sendiri. ๐ญ
Setiap kali nampak ambulan, dada saya rasa sesak. Ingatan itu kembali bagaimana mak dibawa pergi kerana COVID, dan selepas itu mak tidak pernah kembali lagi.
Sejujurnya, saya tidak pernah bersedia untuk kehilangan mak. Doa saya waktu itu bukan minta mak dipanjangkan umur lagi, tapi saya mohon Allah kuatkan hati saya untuk menerima hakikat itu.
Rindu yang Tidak Terubat
Saya masih ingat jelasโฆ setiap kali nak keluar bekerja, saya akan cium tangan mak. Setiap kali mak nak keluar meniaga pun, saya akan berpesan pada diri sendiri:
โMak makin tua, entah sampai bila aku dapat cium tangan mak lagiโฆโ

Namun, Allah lebih sayang mak. Pemergian mak sangat mengejutkan, tiada sakit yang panjang, tiada tanda yang jelas. Hanya dalam seminggu, segalanya berubah.
Lebih memilukan, waktu COVID, saya tak dapat ziarah jenazah mak, tak dapat kafan, tak dapat kebumikan. Hanya mampu tengok dari jauh. Itu luka yang paling dalam, dan sampai hari ini masih terasa.

Ujian yang Menyedarkan
Allah selalu beri peringatan melalui kehilangan. Bila saya tengok Mama Usna sakit hari ini, Allah ingatkan lagi, nikmat ada mak tidak akan kekal selamanya. Kita sering lalai, rasa mak akan sentiasa ada. Sedangkan hakikatnya, bila sampai masa, Allah boleh ambil bila-bila.
Saya benar-benar belajar bahawa kehilangan ibu adalah antara ujian paling berat dalam hidup.
Doa dan Harapan
Kasih seorang ibu adalah hadiah paling besar dari Allah. Bila Allah ambil kembali, dunia jadi sepi dan kosong.
Hari ini, saya makin faham, nikmat cium tangan ibu, dengar suara mereka, lihat senyuman mereka, itu semua tak ternilai. Jika Allah masih pinjamkan ibu kepada anda, hargailah mereka sebaik mungkin.
Kerana bila Allah ambil, yang tinggal hanya doa dan rindu yang tak akan pernah padam.
ุงููููููู ูู ุงุบููุฑู ูู ููููููุงููุฏููููุ ููุงุฑูุญูู ูููู ูุง ููู ูุง ุฑูุจููููุงููู ุตูุบููุฑูุง
โYa Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil.โ
Perjalanan hidup ini penuh kehilangan. Ada luka yang akan kekal selamanya, tetapi dari luka itulah Allah ajar kita erti sabar, redha dan syukur.
Jika anda masih punya ibu, peluklah mereka hari ini, cium tangan mereka, dan ucapkan kata-kata yang baik. Sebab kita tak pernah tahu bila detik terakhir itu akan tiba.
Bila Allah ambil, kita hanya mampu bertawakal, berdoa, dan terus merindui. Dan rindu itu akan kita bawa sampai ke syurga, insyaAllah.