Nak medical card murah tapi… 

Haa…., jangan silap ya. Bila nak sign up medical card, jangan tengok harga semata-mata. Ada beberapa perkara penting yang anda kena consider dulu.

Ramai orang ingat medical card ni sekadar boleh masuk hospital tanpa bayar, tapi hakikatnya kalau tersalah pilih atau tak faham term & condition asbab nak pakej murah, anda juga yang akan pening kepala bila ada certain things yang tak cover atau tak boleh guna. 

Jadi sebelum buat keputusan, pastikan anda faham 3 tips penting ini.

Tips pertama please fahamkan Coverage

Harga murah tak semestinya berbaloi kalau coverage terlalu sikit. Anda kene aware manfaat yang anda terima:

• Limit tahunan (annual limit)

• Kos rawatan dan pembedahan

• Jenis hospital yang dilindungi

👉 Pilih medical card yang mampu tampung kos rawatan yang tinggi tanpa cepat habis limit. Limit pastikan sekurang-kurangnya 1 juta setahun supaya praktikal dengan kos rawatan semasa. Jangan nanti baru setahun guna, limit dah habis, akhirnya terpaksa bayar sendiri.

Tips kedua, please semak Co-Takaful / Co-Payment

Ramai yang terlepas pandang perkara ni. Ada medical card yang tetapkan anda bayar 10% atau minimum RM500 setiap kali warded, ia bergantung kepada jenis medikal kad yang anda pilih. Boleh rujuk semula polisi anda.

Dan lagi satu ada medikal kad yang bila anda guna kene betul2 follow cara penggunaannya, contohnya wajib pergi hospital panel, kene follow room & board yang betul dan lain2.

👉 Takut2 bila tersalah guna, anda kene penalti. Penalti tu mungkin nampak 10% 20% tapi mungkin boleh cecah 4 angka.

👉 Selain tu, saya juga pernah terdengar ada medikal kad, yang hanya benarkan penggunaan GL setahun untuk beberapa kali sahaja (means ada limit untuk penggunaan GL setiap tahun).

Haaa, risau juga tu sebab sakit ni bukan nya boleh jangkakan berapa kali dia nak datang. So kene betul2 faham term & condition.

Dan tips yang ketiga ialah Ambil Ketika Sihat, Bukan Bila Dah Sakit

Ini kesilapan paling ramai orang buat, tunggu sakit dulu baru nak ambil medical card. Hakikatnya, medical card ialah perlindungan risiko, bukan rawatan.

👉 Kalau mohon masa dah sakit, besar kemungkinan akan ada syarat tambahan (exclusion) atau terus ditolak.

Jadi masa terbaik ialah ambil ketika masih sihat, barulah mudah diluluskan dan perlindungan jadi menyeluruh.

Medical card bukan sekadar “ada atau tiada”, tapi tentang peace of mind.

Bila ada perlindungan yang betul, anda boleh fokus pada rawatan tanpa risaukan kos hospital.

👉 Kalau anda masih belum ada medical card dan tengah buat kira-kira, boleh pertimbangkan pelan medical card dari Great Eastern Takaful. Sekarang ni dah ada cover di klinik juga, pergi klinik bayar 5% sahaja. (Tertakluk kepada terma & syarat).

Ni contoh real claim di klinik yang klien pernah guna baru-baru ni, GETB bayar 95%, klien hanya bayar RM 8 sahaja.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jom sembang dengan saya. Saya boleh bantu anda buat pilihan terbaik ikut bajet dan keperluan keluarga. Klik link untuk info lanjut: wa.link/3lxb14

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *