
Itulah yang saya lalui sendiri bila bersara pada 2011, struggle, lost, dan terpaksa mula dari kosong. Ramai orang nampak sorakan masa menang, tapi bila lampu stadium padam, realiti kehidupan sebenar bermula.”
Itulah hakikat karier sebagai atlet, ada timeline. Ia bukan kerjaya yang kekal selamanya kerana kita terikat dengan kudrat fizikal, faktor umur dan persaingan dengan atlet muda yang lebih bertenaga. Setiap atlet, ada waktu peak masing-masing, dan akhirnya akan lalui fasa persaraan sama ada kita sedia atau tidak.
Lebih perit bila datang masalah injury atau nama digugurkan daripada program. Elaun boleh jadi separuh, pendapatan bulanan terjejas, sedangkan komitmen kewangan tetap berjalan. Waktu itu, memang kena fikir betul-betul tentang “exit plan”.
Saya sendiri pernah rasa. Tahun 2011 selepas bersara, tiba-tiba rasa lost. Hidup sebagai orang biasa sangat awkward sebab sebelum itu makan, tempat tinggal, latihan semua sudah tersedia.
Sekali keluar, hidup berubah 360 darjah. Faktor kewangan jadi perkara paling kritikal. Masa itu baru betul-betul buka mata tengok baki dalam akaun bank. Mujur biasiswa belajar masih ada setahun lebih untuk cover.
Realitinya, bukan semua atlet capai tahap seperti Datuk Nicol David atau Datuk Lee Chong Wei. Walaupun begitu, LCW sendiri pernah kata: “I need something to fall back after I stop playing badminton.” – The Star, 2012
Itulah hakikatnya. Atlet kena mula rancang kewangan awal, disiplin menyimpan, ada backup, jelas matlamat dan merangka perjalanan masa depan selepas bersara.
Kalau ada peluang sambung belajar, sambunglah belajar, sijil dan ilmu tetap penting. Nak buat bisnes pun perlukan ilmu, kalau tidak boleh tersontot.
Kerjaya dalam bidang sukan selepas bersara memang ada, tapi tempatnya terhad dan kontrak pula tidak menentu. Sebab itu lebih baik bina kerjaya sendiri.

Apa pun, rezeki Allah itu luas. Dengan usaha dan ilmu, insyaAllah boleh berjaya capai financial freedom lebih awal. 💪🇲🇾
Ini hanya pengalaman dan cerita saya selepas bersara. Kalau nak sembang-sembang pasal kewangan & kerjaya, jom lah kita kongsi ilmu sambil mengopi ☕😎